Halaman

Selamat Hari Raya Aidiladha...

0 comments
Suatu malam sebelum Aidiladha...

Anak : Ibu, kenapa semua kawan-kawan ibu naik van? mereka nak pergi
rombongan kemana-mana kah?
Ibu : Mereka ada rombongan ke rumah2 manusia...
Anak : Eh, apa mereka nak buat kat rumah manusia?
Nak pegi makan kenduri eh?
Ibu : ya nak... mereka nak pegi kenduri kat rumah manusia...
Anak : Ibu tak ikut ke? jom la kita pergi sama...
Ibu : Memang ibu akan ikut...
Anak : Ibu~ nak ikut.... hihihi...
Ibu : ... ... ...

Pada keesokan paginya...

Ibu : Anakku... jaga diri kamu ya... Ibu mungkin takkan jumpa kamu lagi...
Anak : Eh??/ mana ibu nak pegi nih?
Ibu : Ibu nak pergi menhadap ilahi...
Anak : eh???
Ibu : Kamu jangan risau... Ibu sentiasa bersama kaamu...
sentiasa dihati kamu...
Anak : Ibu... jangan pergi....

Seketika kemudian, Ibunya dibawa pergi... Ibunya pasrah akan takdirnya...
Ibunya dibawa ke tempat untuk qurban...

Anak : Manusia memang kejam! tak guna...
Takpe, aku pasti suatu hari nanti aku akan balas dendam
bila aku dah ada tanduk nanti...

Sementara itu... Anak lembu itu terdengar perbualan manusia...

Amin : Ayah, kenapa manusia buat ibadat qurban?
Ayah : Manusia buat ibadat qurban ni bersempena pengorbanan Nabi Ibrahim
ingin menyembelih anaknya.
Allah kemudiannya menggantikan anak Nabi Ibrahim
itu dengan seekor Kibas.
Amin : Oh... macam tu... Amin dengar, kalau kita Kurbankan lembu,
nanti, lembu tu akan jadi tunggangan kita
kat syurga nanti... Betulke ayah?
Ayah : Betul anakku... Lembu yang dikorbankan itu dijadikan
binatang tunggangan yang mulia sekali.

Setelah mendengar perbualan manusia tadi, anak lembu tersentuh...
Patutlah ibu pergi dengan pasrah...
Aku juga harus jadi seperti ibuku juga.
Nanti bolehlah aku bertemu ibu di syurga kelak...

Sekian sahaja kisah hari raya tahun ini...
Rezal Ren Roslan.

Kisah Pohon Epal

0 comments
Aku ada terbaca beberapa kisah dari blog blogger yang lama-lama. Dalam banyak-banyak kisah tu, aku tertarik dengan satu kisah ni yang diberi judul Kisah Pohon Epal. Jadi, aku nak share kisah ni dengan korang semua. Harap korang sudi membacanya.

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di bawah pohon epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

" Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi ingin bermain dengan engkau," jawab remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata,
“Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kamu dapat membeli permainan yang kamu inginkan."

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih.
Masa terus berlalu... Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

"Aku tidak ada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Pada suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.

" Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanyalelaki itu.

“Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu suatu ketika dulu…

“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon epal itu dengan nada pilu.

“Aku tidak mahu epal mu kerana aku sudah tiada gigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

“Jika begitu, rehatlah di perduku," kata pohon epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan...

---------------------------------------------

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi… fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Dipetik dari: Adiensatria

Megaupload

0 comments
Ya nampak nya, pengguna2 megaupload di Malaysia takkan dapat lagi menggunakan perkhidmatan file sharing nie... Sayangnya...

Betul la kerajaan nak hentikan cetak rompak... tapi menghadkan kebebasan internet camnih tersangat la tak wajar...

Aku biasanya guna Megaupload(MU) untuk download variety show yang tak terdapat lam tv malaysia... dan lagi satu, rancangan tu cuma direkod dalam tv. takde pon dijual CD/VCD/DVD nya...

Macam mana nak tak download... korang fikir la sendiri, walaupun kita ada Channel Satellite TV, ex: ASTRO. Tapi, kita masih tak boleh tengok channel dari negara lain. ex, Mnet, SBS, Arirang, TV Tokyo and bla bla bla~ yang ada cuma channel CCTV, KBSW, Granada TV. tu jer... cam HBO SMV ape tuh tak leh ambik kira...

Ummm.. dah lah... wat sakit aty jer.... >.<
Tapi itulah hakikatnya...

Jangan Marah Ayah Bertanya

1 comments
Pada suatu petang seorang tua sedang duduk berehat di anjung rumahnya bersama anak mudanya yang baru menamatkan pengajian di sebuah IPTA. Mereka berdua duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran tempat mereka beristirehat.

Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak tersebut sambil bertanya pada anaknya, " Nak... .., apakah bendanya itu?"

"Burung gagak ayah", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi soalan yang sama keluar dari mulut si ayah.

Si anak menyangkakan yang ayahnya tidak mendengar apa yang di jawabnya tadi lalu menjawab dengan suara yang sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing melihat gelagat ayahnya. Si anak mengulangi jawapannya, tapi kali ini dengan nada suara yang lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi si ayah mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak acuh tak acuh ajer dengan kerenah si ayah, "Orang kata burung Gagak la ayah... ... .".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak telah benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan ? Itu burung gagak lah ayah, BURUNG GAGAKKKKKKK FAHAM TAK... " kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan sesuatu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Benda tersebut adalah sebuah diari lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut... ... ... .

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di dahan pohon berhampiran.

Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?".

Dan aku menjawab, "Burung gagak nak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehinggalah 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang amat berharga dan berguna baginya apabila dia dewasa kelak.

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu.

Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah. Belum 25 kali dan belum pun tentang perkara-perkara lain." Balas si ayah perlahan sambil berlalu.

Si anak tertunduk dengan seribu kekasalan di hati kerana telah melukai hati seorang ayah.

MORAL : JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN DAN JANGAN SESEKALI KITA MELUKAI HATI MEREKA


Credit to:
alia_lamia

For BigBang Fans....

0 comments
Buat semua peminat Bigbang yang dah lama menantikan comeback Bigbang yang lama menyepi. pada 27 Feb, (semalam) Bigbang telah mengadakan Comeback mereka.

http://www.megaupload.com/?d=LJS3IVGM

Harap kalian terhibur.

PAGE UNDER CONSTRUCTION

sorry, page is still under construction.
stay tuned for more updated content.